KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pengedar Perodua yang sah.
Kerjasama itu akan membolehkan Public Bank memudahkan usaha digitalisasi melalui penghantaran permohonan pembiayaan akhir sewa beli secara dalam talian kepada bank, termasuk memuat naik dokumen permohonan asas dan menyemak status permohonan.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, kerjasama itu juga sejajar dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia.
"Kami menyokong pertumbuhan industri EEV yang juga tunggak penting bagi agenda dalam menangani perubahan iklim. Public Bank turut memperuntukkan lebih RM30 bilion untuk pembiayaan EEV tempatan pada akhir 2022.
"Sejajar dengan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV, Public Bank meningkatkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang 2025," katanya ketika berucap pada majlis pemeteraian MOC itu pada 25 Mei lepas.
Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.
Sehubungan itu, Tay berkata, Public Bank dan Perodua mempunyai potensi dari segi sinergi dengan baik dan terus bekerjasama, bukan sahaja dalam mengembangkan perniagaan masing-masing tetapi menyumbang secara positif kepada inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) demi kesejahteraan masyarakat dan dunia.
Public Bank juga komited untuk menyumbang kepada pertumbuhan kelestarian masyarakat dan menggembleng industri automotif negara selain merencana kemajuan lebih kukuh bagi tahun-tahun mendatang. - BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Public Bank Bhd telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pengedar Perodua yang sah.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Keuntungan bersih Public Bank naik kepada RM6.65 bln bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan Public Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu.
Public Bank sedia kemudahan pembiayaan untuk pengedar sah Perodua
Kerjasama itu sejajar dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia.
Untung bersih Public Bank naik kepada RM6.12 bilion pada tahun kewangan 2022
Perolehan pada tahun kewangan 2022 naik kepada RM21.43 bilion daripada RM19.62 bilion sebelum ini.
Pemergian Teh Hong Piow: PM zahir ucapan takziah, doakan keluarga tabah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow pada Isnin.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
Public Mutual lantik Chiang Kang Pey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Chiang menyandang jawatan Timbalan CEO pada Oktober 2021 dan sebelum itu, beliau ialah pengurus besar pengurusan portfolio ekuiti.
Public Mutual umum agihan lebih RM103 juta bagi lima dana
Pengagihan kasar yang diumumkan itu bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2022.
Public Bank naikkan kadar pinjaman, pembiayaan sebanyak 0.25 peratus
Public Bank akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) / kadar pembiayaan asasnya (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 12 Sept.
Untung bersih Public Bank naik kepada RM1.42 bilion pada suku kedua
Perolehan Public Bank naik kepada RM4.97 bilion daripada RM4.92 bilion sebelum ini.
Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.